-->
skip to main | skip to sidebar
Wardah Qistina

Followers

Monday, 31 December 2012

Hanya Yang Terpilih



Allahu akbar...
ucapan pertama yang meniti dibibir tatkala menerima berita tentang sahabat-sahabat yang dikasihi sebentar tadi.


Berita pertama yang ku dengar bahawa sahabatku telah memutuskan pertunangan setelah baru sahaja bertunang selama sebulan, berita kedua pula, sahabat yang menunggu tunangnya dari timur tengah dengan penuh kesetiaan dan harapan bahawa akan melansungkan perkahwinan setelah selesai pengajian, tetapi alangkah sedih, orang yang di tunggu mengahwini muslimat yang lain tanpa sebarang alasan. Berita ketiga sahabat yang akan mendirikan masjid pada januari 2013 terpaksa membatalkan perkahwinan atas sebab-sebab tertentu. Manakala berita yang keempat mengembalikan kegembiraanku bahawa sahabat yang terakhir ini akan mendirikan masjid pada 8 jun 2013. Moga dipermudahkan segala urusan.

Teingat 1 pepatah :
"Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"
Begitulah keadaan yang berlaku disekelilingku.



Allah pasti bersama kita, untuk diri dan sahabat2 (^_^)



Hatiku diburu perasaan resah gelisah, sungguh besar ujian buat mereka. moga mereka mampu menghadapinya dengan tabah. Aku dapat merasai apa yang mereka rasakan kerana aku juga pernah diuji. Iya, sungguh sakit sekali, perit terasa. 1 perasaan yang tidak mungkin dapat digambarkan dengan kata-kata..hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

 Duhai mata, kadangkala dengan tangisan dapat meluahkan serta mengurangkan sedikit kesakitan, menangislah duhai sahabat, tetapi jangan bersedih. Kerana hal itu hanya merupakan 1 titik untuk Allah pertemukan dengan yang selayaknya buat dirimu.. Jika direnungkan kembali,sebenarnya ujian dari Allah itu sangat manis dan berharga buat diri kita, Jangan risau duhai sahabat, dirimu akan menempuhi kebahagiaan setelah berjaya menempuh ujian dariNya..Ujian itu tanda Allah amat mengasihi dirimu dan Allah tak akan menguji diri kita apa yang kita tidak mampu tempuhinya..

Bila membicarakan tentang kebahagiaan, ia satu perasaan yang sangat indah, hanya seseorang yang dipilih akan merasainya, nescaya untuk mendapatkan kebahagiaan itu bukan senang, diri kita akan diuji sebelum merasai kemanisan kebahagiaan. Sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T.  Segala yang  kita lalui cuba untuk menerima dengan hati yang redha dan ikhlas.

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu ( kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat ) sehingga engkau redha (berpuas hati)
( Adh Dhuha : 005 )

Pada Saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia ( kepada hamba-hambaNya yang taat )
( Al- Kahfi :044 )






.Nukilan Buat sahabat... (^_^)


Posted by putriqatrunnada at 14:42 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, 27 December 2012

KU ADA KAMU




Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
Kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan.

Engkau menyambut setiap kali aku terjatuh, 

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

(^_^) (^_^) (^_^)





Posted by putriqatrunnada at 19:18 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, 21 November 2012

Lembaran 10/11/12



Setiap detik kurasakan begitu pantas berlalu, setiap saat yang pergi takkan mungkin dapat berulang kembali, kekadang aku merasakan diriku masih kanak-kanak yang sedang berlari, bermain bersama rakan-rakan, bergelak tawa tanpa memikirkan sebarang masalah, ujian dan yang sewaktu dengannya. Tapi kini  tidak lagi, aku perlu mula berfikir,terus berfikir dan berterusan memikirkan tentang masa depanku, perjalanan masih jauh,banyak perkara yang akan ku lalui.

Pada tanggal 10/11/12 terbukti bahawa aku bukan lagi kanak-kanak, detik permulaan bagi seorang muslimat seperti ku wajib memutuskan 1 keputusan yang besar dalam hidup dan aku telah memilih tarikh tersebut sebagai tarikh bahawa aku sekarang telah bersedia menerima 'seseorang' dalam hidupku. ini bermaksud, aku telah membuka lembaran baru dalam hidupku.

 Begitu susah untuk menolak seseorang dalam hidup dan begitu susah juga untuk menerima seseorang.Aku percaya bahawa setiap insan bergelar wanita pasti sukar untuk membuka ruang dihati untuk seseorang yang kita masih tidak jelas, banyak persoalan yang bermain di fikiran, adakah dia pilihan yang tepat? betulkah dia? kenapa dia? yakinkah dia denganku? betulkah serius atau sekadar mainan? akan bahagiakah aku? hadirnya membawa sinar kebahagiaan atau hanya kan meninggalkan tangisan?  apa jawapanku? Allah, bila diriku memikirkan hal sedemikian, tanpa dipinta titisan mutiara menitis dipipi, doaku terus meniti dibibir agar diberikan petunjuk yang tepat.

Alhamdulillah, dengan izinnya, Allah mengkurniakan aku ketabahan untuk aku mengharungi ujian yang aku rasakan cukup sukar untuk aku menghadapinya, terasa segalanya bagaikan mimpi, ia berlalu begitu pantas tanpaku sedari. Ya Allah.. Hanya kau sahaja yang kan mengerti apa yang aku rasakan kerana engkaulah yang maha mengetahui segala sesuatu berkenaan hambamu. Dengan keyakinan yang kau kurniakan, demimu Allah, aku yakin akan 'dia', aku yakin dia adalah yang terbaik buatku, aku percaya dia merupakan salah satu wasilah yang kan membawaku ke syurga abadi. InsyaAllah dengan izinmu ya Rabbi, jika benar kami ditakdirkan, maka kau permudahkan urusan kami dalam mencari redhamu.

Ya Allah..Aku hanya inginkan yang halal buatku, bukan cinta berlandaskan nafsu yang ku pinta, tetapi seseorang yang jujur terhadap perbuatan dan kata-katanya, , diriku merupakan amanah buatnya, keikhlasannya menerimaku seadanya dan yang sering menyampaikan amanatmu buatku..

Aku berharap " DIA" adalah mutiara keimanan yang mana hadir sinarnya akan menerangi hidupku dikala kegelapan.

Terima Kasih Ya Allah Rabbul Izzati.....

Posted by putriqatrunnada at 00:08 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Saturday, 22 September 2012

ISTIKHARAH




Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

Ya Rahman...
Seandainya dia adalah yang terbaik buatku
kau bukakanlah ruang hatiku untuk menerimanya
dan seandainya dia bukanlah untukku
Maka kau lapangkanlah hati ini untuk menerima takdirmu
Sesungguhnya petunjuk darimu adalah yang terbaik buatku
amin ya arhamarrahimin...


-mestica-


Posted by putriqatrunnada at 01:30 1 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, 28 August 2012






“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (**) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (**) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Posted by putriqatrunnada at 20:51 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, 21 June 2012

SAHABAT



Apabila rejab berlalu pergi, maka syaban menjelma sebelum datangnya
ramadhan..Ya Allah..Pertama sekali ku panjatkan rasa syukur dengan kalimah 
" Alhamdulillah" diatas nikmat kurniaanmu yang mana hadirnya ketenangan dan 
kedamaian dihatiku atas rahmatmu Ya Rabbi.moga segala amalan dibulan 
rejab diterima. Walaupun aku di uji dengan ujian perasaan.Namun ketenangan 
darimu megatasi segalanya..

1 rejab 1433H merupakan hari pembuka rejab,dimana hari yang sama diriku
terasa tertikam dek seorang insan bernama sahabat..ketahuilah sahabat,
andainya dapat kuluah segala yang tersimpan dihati, ingin sekali aku
memberitahu bahawa aku teramat menghargai ukhwah yang terbina antara 
kita, jika aku diberi pilihan samaada untuk mengkhianatimu, pasti akanku 
pilih untuk setia kepadamu kerana bagiku sekali bersahabat selamanya tetap 
bersahabat. Aku mengharapkan persahabatan kita seindah persahabatan 
diantara khalifah Abu Bakar dan Rasulullah. Walau dalam apa keadaan 
sekalipun, Abu Bakar tidak akan berpaling dari Rasulullah. 
Sungguh indah ukhwah beliau..

Sahabat, maafkan ku jika saat itu aku tidak sanggup memandangmu buat 
sementara, walaupun reaksiku agak tenang, tapi dihatiku hadirnya rasa 
kecewa yang tidak mungkin dapat kuluahkan. Tapi hati ini telah meredhakan 
segalanya, ku kuatkan diri untuk berbicara denganmu, walaupun aku lebih 
memilih jalan menjauhimu, tapi melihat dirimu ditimpa masalah, mata dan 
hatiku tidak sanggup melihatnya kerana kamu adalah sahabatku.

Teringat 1 pepatah " Jangan kau menjauhi seseorang disebabkn 1 kesilapan 
dan kelemahanya".jika kau bersahabat kerana kelebihannya, pasti dengan 1 
kekurangan kau akan menjauhinya..

Dengan kuasanya, Allah telah campakkan kehatimu keinsafan. Sebelum dirimu 
mengungkapkan maaf. Aku terlebih dahulu memaafkanmu sahabat. Warkah 
mohon maafmu telah menyentuh hati ini, itu menandakan dirimu cukup ikhlas 
mengungkapkan maaf. Tidak hairan jika aku menangis kerana kemaafan dari 
menangis kerana ditikam.

Terima kasih ya Allah..berkat ganjaran amalan dibulan syaban, hati ini kuat 
menerima segalanya dengan ketenangan, akan ku pegang "setiap apa yang 
berlaku pasti kan ada hikmahnya".

  • Senyumlah sentiasa kerana dengan senyuman pasti kan memaniskan kepahitan...(^_^)



Posted by putriqatrunnada at 01:41 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, 21 May 2012

APA NAK JADI???



Jika semalam kisahku bermula di tesco, maka hari ini kisahku bermula di kampus..entah apa yang tidak kene dengan aku, asyik lalai sahaja..aduhai!!!..jam 4.00pm bermula kuliah bagi subjek islam dan current issues..apabila tibanya jam 5.00pm, lecturer bagi rehat dan class akan bermula kembali jam 5.20pm..aku terus keluar dari dewan kuliah bergegas ke surau bagi menunaikan solat asar..selesai solat aku berkejar ke dewan kuliah, risau takut2 lecturer mendahului aku..kebetulan semua golongan muslimin tiada seorang pun, aku mengambil tempatku kembali, tiba-tiba aku teringatkan ada hal yang perlu aku selesaikan dengan seorang rakan, disebabkan mejaku didepan, aku terpaksa ke belakang untuk berbicara dengan rakan, terpaksa juga la aku menaiki tangga..tiba-tiba,,gedebuk!!!...hehehe..aku terjatuh lagi di tangga, reaksi rakan2ku kelihatan agak risau kerana bunyi jatuh yang agak kuat...aduh!!! perlahan2 aku bangun kembali..sakit teramat lututnya, tapi aku wat dek sahaja, fikirku kalau luka pun, mungkin sedikit sahaja..mmm...agak nikmat jugala..hehe..tapi aku tidak malu seperti semalam kerana yang menjadi penontn semuanya muslimat..nasib baik..(^_^)..apa nak jadi la...sekarang aku jadi risau kalau2 aku berjalan, tiba-tiba jatuh di khayalak ramai..so..kalau tahu camtu, cubela elakkan..

moral : 1) jangan biarkan pisang berbuah kali ke-3..
           2) Focus
           3) Sentiasa beringat (^_~)
Posted by putriqatrunnada at 20:30 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, 20 May 2012

PERISTIWA MEMALUKAN


Hari ini merupakan hari yang aku mungkin tidak akan lupakan dalam sejarah hidupku.
kisahnya bermula apabila aku melaksanakan tugasku sebagai pembeli barang untuk jualan  bagi mencari dana untuk ke lawatan antarabangsa untuk group kelasku.. hari ini aku bersama 2 orang rakan, banyak tempat yang kami pergi, antaranya tesco, giant, pasar nilai 3, akasia..tesco merupakan tempat yang kami pergi sebanyak 3kali hari ini, kali pertama pergi untuk beli barang yang disenaraikan, kali kedua pergi kerana tertinggal untuk beli buah epal merah, dan kali ketiga pergi untuk tukar barang, yang mana sewaktu kali pertama kami pergi, sos cili tertukar dengan sos tomato, nak tak nak, kami terpaksa ke tesco lagi untuk tukar..yang paling memalukan diriku apabila kali prtama tiba di tesco, aku tersungkur hampir terjatuh kerana tersepak simen, nila gara-gara fikiranku melayang entah kemana...YaAllah...dalm hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu betapa malunya diriku, aku seakan-akan hilang wajah...nak gelak sendiri pun ada..lebih memalukan lagi bila ada 3orang lelaki di tempat kejadian, paling memalukan lagi kerana salah seorangnya merupakan rakan sekelasku...aku pandang mereka, semuanya menahan gelak walaupun mereka ingin gelak, mungkin kerana ingin menjaga perasaanku, mereka cuba menahan tawa.Ya Allah, nak pandang muka mereka pun, aku terasa perasaan malu itu begitu menebal dalam diri..kalau masa itu boleh dikembalikan, ingin kupusing semula masa yang berlalu tadi dan membaiki kelalaianku..tapi apakan daya,semua yang berlaku pasti ada hikmahnya...selepas kejadian, aku terus menelefon mama ku untuk menceritakan tentang peristiwa melucukan serta memalukan, respon mama ku, beliau gelak sahaja dan berkata "apa salahnya jatuh, ada juga hero yang boleh tolong selamatkan" fuh, itu pula responnya...buat lawak plak..mm..apepun, segalanya sudah terjadi..terimalah seadanya wahai diriku...

moral    : 1 ) Tumpukan perhatian semasa berjalan..
              2 ) Jangan terlampau melayang fikirannya..
              3 ) Setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita,
                   pasti akan ada hikmahnya..
              4 ) kadang-kadang perkara yang kita rasa buruk buat kita,
                     sebenarnya baik untuk kita dan begitulah sebaliknya..
              5 ) don't worry be happy..(^_~)





Posted by putriqatrunnada at 14:19 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Friday, 18 May 2012

KISAHKU SEMALAM





Semalam aku merasakan manisnya nikmat yang Allah berikan padaku,
terima kasih yaAllah diatas kurniaanmu,
subjek financial merupakan subjek yang amat kritikal buatku
kerana aku tidak minat dengan kiraan, matematik dan seumpamanya
Semalam lecturer mengagihkan midterm paper dalam tutor class
aku terasa kerdil sangat diri ini,
dalam fikiranku bermain segala macam perasaan
yang membuatkan hatiku tidak tenang, keluh resah,
debaran didada semakin terasa kerana aku merasakan
bahawa akulah student yang akan fail nanti.
sewaktu exam berlansung, aku betul2 tidak tahu
jawapan apakah yang aku karang,
aku juga diantara student yang paling lewat keluar dewan
dalam mindaku juga tertanya-tanya
apakah kertas aku nanti fail keseluruhannya ?
bagaimana aku nak berhadapan dengan lecturer?
Rezeki Allah tak siapa yang tahu,
aku benar2 terkejut ble1 soalan kira-kira yang fullmark 22mark,
hanya aku yang dapat fullmark
mulanya ble lecturer bertanya siapa yang fullmark,
seorang sahabatku menyebut namaku,
aku fikir itu hanya gurauan dan sindiran
tapi hakikatnya itulah kenyataannya
sedari itu aku merasakan nikmat Allah cukup besar buatku,
Alhamdulillah ya Allah..
walaupun aku bukan dari student account
tapi aku dapat buktikan bahawa tidak semesti
student account sahaja yang dapat markah yang terbaik
dalam subjek financial management.
InsyaAllah akan ku terus gigih berusaha,
Terima kasih buat sahabatku yang telah mendorongku
sama-sama kita study,sama-sama kita dapat hasilnya..(^_^)

Posted by putriqatrunnada at 01:52 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, 9 April 2012

Wanita Solehah


" Harga yang paling berharga didunia adakah wanita yang solehah "
  •  Seorang wanita di ibaratkn sekuntum bunga ditaman, cantik indahnya pada pandangan mata hanya buat sementara kerana kecantikan zahiriah itu tidak kekal abadi. Manakala kecantikan wanita yang abadi terletak pada mulianya akhlak wanita itu kerana akhlaknya itu umpama bunga diri yang sentiasa mekar menjadi pujaan. Tiada guna berwajah cantik jika akhlaknya tidak dipelihara, tiada guna juga berwajah cantk jika hati kosong dari ilmu.
Posted by putriqatrunnada at 13:30 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, 29 February 2012

Allah itu Tuhan kita


" Hidup sebagai seorang manusia kadangkala terlalu indah, tetapi kita juga perlu sedari bahawa ia juga akan
  menjadi terlalu buruk bila sesaat kita terleka mengingati Allah yang satu. Allah yang satu boleh
  mengingati semua ciptaannya termasuk menganugerahkan kenikmatan yang tiada tandingan kepada manusia,
  sedangkan manusia sentiasa lalai mengingati Allah yang satu. Jika kita sentiasa menetapkan Allah dihati,
  maka kita akan menjadi sebaik-baik ciptaannya ".
Posted by putriqatrunnada at 08:49 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, 14 February 2012

LUAHAN HAWA BUAT ADAM : LELAKI YANG KAMI RINDUI

 
Lelaki yang kami rindui,
hanya iman penggerak hidupnya,
tiangnya agama,
 batinya takwa,
ilmu teguh di dada,
hatinya sarat cinta,
kepada Allah dan Rasulnya,
suluhnya bukan nafsu semata,
tapi uhsan kaya di jiwa.

Lelaki yang kami rindui,
terhibur dengan kalamullah,
merasa manis dengan zikrullah,
rindukan perjuangan Rasulullah,
cintakan sunah kekasih Allah,
gagah menagkis mehnah,
di akhir zaman yang penuh fitnah.

Lelaki yang kami rindui,
mengemudi bahtera rumah tangga,
petunjuknya Al-Quran,
petanya sunah junjungan.

Panjinya islam,
sauhnya iman,
layarnya takwa,
pakaiannya sabar,
semangatnya membara,
setiap ketika,
menggamit ketaatan.

Lelaki yang kami rindui,
malamnya syahdu dek tangisan,
tidak terbuai dek lena yang panjang,
munajatnya pilu, penuh keinsafan,
sujudnya penuh kehambaan.

Gentarkan neraka jahanam,
agar tak menyentuh anak isteri tersayang.

Lelaki yang kami rindui,
mengenal kami cinta hakiki,
cinta Ilahi itulah visi,
agar hidup diiringi Rabbi,
bersih dari tipuan iblis.

Dan lelaki yang kami rindui,
membentangkan kami permaidani muhasabah,
kata-katanya adalah tazkirah,
senyumannya adalah nasihah,
dan telunjuknya adalah arah,
agar tetaplah kami penuh hebah,
di atas landasan islam yang indah,
hingga ketitisan darah...


by : Seindah Mawar Berduri
Posted by putriqatrunnada at 21:57 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, 31 January 2012

Warkah ke Syurga

Posted by putriqatrunnada at 17:32 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Friday, 27 January 2012

Ujian Hati


Kehidupan manusia kadangkala sukar untuk ditafsirkan, kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih, segala perasaan bermain dalam diri. Inilah dikatakan ujian daripada Allah s.w.t..Bila dikurniakan kegembiraan, kita terleka mengatakan "syukur" dengan nikmat kurniaannya. Tetapi bila perasaan sedih memburu jiwa, Allah jua tempat kita kembali dan mengadu..Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang..Tetapi manusia itu mudah lupa, bila kesedihan pergi,jarang sekali yang mengingati Allah..

Dibongkarkan pula dengan sifat kasih sayang, sesungguhnya perasaan sayang itu juga kebahagiaan yang tidak tertanding bila dianugerahkan kepada kita tapi kadangkala boleh menjadi kesedihan dek kerana orang yang disayangi tidak menghargai kasih sayang yang diberikan..Jika manusia itu berfikir sematangnya,dia sungguh bertuah kerana disayangi dengan sepenuh hati oleh insan yang menyayanginya..Tapi itulah hakikat manusia.

Kesimpulannya hargailah kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati terhadap kita, janganlah kita melukai orang yang kita sayang lebih-lebih lagi dengan kata-kata yang negatif,kesat,hinaan dan seumpamanya, sesungguhnya ujian perasaan itu jauh lebih berat dari segala ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t..
Posted by putriqatrunnada at 23:28 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, 26 January 2012

Lelaki Pelindung


Jika seorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan,dihormati,dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak dieksploitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan.

Pendek kata, jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial. Dalam kehidupan berkeluarga,masyarakat amat memerlukan lelaki bersifat pelindung. Mereka tidak akan malas dirumah dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang setiap hari. Selain itu, Mereka tidak akan memukul atau mendera samaada isteri mahupun anak, tidak menengking, tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan mencarut kepada isteri dan ahli keluarganya.

Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit manapun masalah yang dihadapi. Sayangnya, lelaki pelindung semakin pupus bilangannya dalam masyarakat hari ini.
Posted by putriqatrunnada at 20:29 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, 24 January 2012

PERJUANGAN

" Puteriku, tetaplah atas jalan dakwah!! akan ada dikalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran. Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap seperti itu.

Indah kalam Rasul junjungan,
Mengajar erti perjuangan,
Perlukan keteguhan azam,
Istiqamah, tetap pendirian,
Jangan mudah terhalang,
Janji Allah pasti datang!

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Rasul bermadah lagi,
Satu janji, satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
Cuma yang belum pasti,  
Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci,
Bagi merebut pandangan ilahi,
Sebagai jiilul Quran yang tersendiri.

Allahlah yang maha kaya dan sedangkan kamulah orang yang berkehendak ( kepadanya ), dan jika kamu berpaling nescaya dia akan menggantikan ( kamu ) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini.

Ayat Allah cukup menggetarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
Buat hamba-nya yang bermalas-malasan,
Sentiasa mencipta alasan,
Liat dengan dakwah dan peningkatan,
Mahu diketuk berterusan,
Tidak menjadikan penggeraknya iman,
Cinta Allah dibuat khayalan,
Bimbang kelak diri akan terbuang,
Daripada jalan dakwah, penuh ujian,
Dibiarkan Allah dengan keasyikan,
Tertipu dengan jalan kehancuran!

Ketahuilah puteriku,
Allah memelihara jalan-nya,
Agar disusuri hati yang bersih,
sarat ketakwaan,
Merindui wajah-nya,
Jua keredhaan,
Itulah jiwa insan pejuang,
Bimbangilah sayangku,
Daripada memiliki jiwa munafik,
Bertopeng ketaatan.

By : Tautan Hati
Posted by putriqatrunnada at 21:04 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

CINTA YANG SEBENAR

Jadikanlah diri anda sebagai kekasih Allah,kerana ia akan mendatangkan ketenangan. Orang yang paling bahagia ialah orang yang menjadikan kemuncak dan matlamat utamanya adalah mencintai Allah.Alangkah bermaknanya firman Allah ini :

" Dia mencintai mereka dan mereka mencintainya " { surah Al-Maidah : 54 }

Ramai ulama tafsir berkata : " tidak ada yang menghairankan dalam "...mereka mencintainya..." tetapi yang menghairankan adalah : " dia mencintai mereka " Allah yang menjadikan, memberi rezeki, melindungi dan memberi anugerahnya kepada mereka, tetapi Allah juga mencintai mereka.

 قل إن كنتم تحبون الله فاتبعونى يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم

" katakanlah (wahai Muhammad) : " jika benar kamu mengasihi Allahmaka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu" { surah Al-Imran :31 }
 
Mari kita perhatikan kehormatan Ali Bin Talib, yang merupakan mahkotanyang bersemayam diatas kepalanya: seorang yang mencintai Allah dan rasulnya  dan dicintai oleh Allah dan Rasulnya>

Ada seorang sahabat baginda Rasul yang sangat senag membaca : " Qul huwallahu ahad ". Bacaan itu selalu diulang-ulangnya dalam setiap rakaat, selalu dibaca dalam zikirnya, selalu diucapkannya, selalu diingat untuk menyegarkan hatinya dan untuk menggerakkan anggota tubuhnya. Baginda Rasul bersabda : " Kecintaanmu padanya akan membuatmumasuk syurga ".

Alangkah indahnya dua rangka puisi yang pernah sy baca dahulu, dalam riwayat hidup seorang ulama:

Jika cinta orang yang mabuk cinta kepada Laila dan Salma 
sudah merampas hati dan fikiran 
Lalu apa yang dilakukan oleh orang yang mabuk cinta
yang didalamnya mengair rasa cinta, kapada yang maha tinggi?

وقالت اليهود والنصرى نحن أبنئوا الله وأحبؤا, قل فلم يعذبكم بذنوبكم

" Orang yahudi dan nasrani berkata : " Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayanginya ". Katakanlah { Wahai Muhammad } : " { Kalau betul demikian } maka mengapakah ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu"? " { surah Al-Maidah :18 }

Cerita cinta majnun terhadap  Laila yang sangat tekenal itu, menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila ; Qarun dibunuh oleh cintanya kepada harta benda, firaun dibunuh oleh cintanya kepada kedudukan, tetapi Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah mati kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasulnya. Alangkah jauh jarak yang memisahkan antara kedua-duanya, Majnun, qarun dan Firaun disatu pihak; Hamzah, Jaafar dan Hanzahalah dipihak yang lain.

Dipetik daripada : La Tahzan





















Posted by putriqatrunnada at 10:27 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, 22 January 2012

" Apabila di hati sudah tertanam keimanan yang mantap, maka ia akan mendatangkan kebahagiaan yang akan mengalirkan kedamaian dan ketenangan kedalam roh dan jiwa ".
Posted by putriqatrunnada at 21:32 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Asmaul Husna

Religious Myspace Comments
MyNiceProfile.com

About Me

My Photo
putriqatrunnada
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (18)
    • ►  January (6)
      • " Apabila di hati sudah tertanam keimanan yang man...
      • CINTA YANG SEBENAR
      • PERJUANGAN
      • Lelaki Pelindung
      • Ujian Hati
      • Warkah ke Syurga
    • ►  February (2)
      • LUAHAN HAWA BUAT ADAM : LELAKI YANG KAMI RINDUI
      • Allah itu Tuhan kita
    • ►  April (1)
      • Wanita Solehah
    • ►  May (3)
      • KISAHKU SEMALAM
      • PERISTIWA MEMALUKAN
      • APA NAK JADI???
    • ►  June (1)
      • SAHABAT
    • ►  August (1)
      • “Ya Allah, aku memohon petunjuk memili...
    • ►  September (1)
      • ISTIKHARAH
    • ►  November (1)
      • Lembaran 10/11/12
    • ▼  December (2)
      • KU ADA KAMU
      • Hanya Yang Terpilih
  • ►  2013 (5)
    • ►  February (2)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)
    • ►  July (1)
Powered by Blogger.

Love Myspace Comments
MyNiceProfile.com



Gratisan Musik
 
 
 
Free Blogger Templates by Trendy Girl Designs