Hari ini merupakan hari yang aku mungkin tidak akan lupakan dalam sejarah hidupku.
kisahnya bermula apabila aku melaksanakan tugasku sebagai pembeli barang untuk jualan bagi mencari dana untuk ke lawatan antarabangsa untuk group kelasku.. hari ini aku bersama 2 orang rakan, banyak tempat yang kami pergi, antaranya tesco, giant, pasar nilai 3, akasia..tesco merupakan tempat yang kami pergi sebanyak 3kali hari ini, kali pertama pergi untuk beli barang yang disenaraikan, kali kedua pergi kerana tertinggal untuk beli buah epal merah, dan kali ketiga pergi untuk tukar barang, yang mana sewaktu kali pertama kami pergi, sos cili tertukar dengan sos tomato, nak tak nak, kami terpaksa ke tesco lagi untuk tukar..yang paling memalukan diriku apabila kali prtama tiba di tesco, aku tersungkur hampir terjatuh kerana tersepak simen, nila gara-gara fikiranku melayang entah kemana...YaAllah...dalm hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu betapa malunya diriku, aku seakan-akan hilang wajah...nak gelak sendiri pun ada..lebih memalukan lagi bila ada 3orang lelaki di tempat kejadian, paling memalukan lagi kerana salah seorangnya merupakan rakan sekelasku...aku pandang mereka, semuanya menahan gelak walaupun mereka ingin gelak, mungkin kerana ingin menjaga perasaanku, mereka cuba menahan tawa.Ya Allah, nak pandang muka mereka pun, aku terasa perasaan malu itu begitu menebal dalam diri..kalau masa itu boleh dikembalikan, ingin kupusing semula masa yang berlalu tadi dan membaiki kelalaianku..tapi apakan daya,semua yang berlaku pasti ada hikmahnya...selepas kejadian, aku terus menelefon mama ku untuk menceritakan tentang peristiwa melucukan serta memalukan, respon mama ku, beliau gelak sahaja dan berkata "apa salahnya jatuh, ada juga hero yang boleh tolong selamatkan" fuh, itu pula responnya...buat lawak plak..mm..apepun, segalanya sudah terjadi..terimalah seadanya wahai diriku...
moral : 1 ) Tumpukan perhatian semasa berjalan..
2 ) Jangan terlampau melayang fikirannya..
3 ) Setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita,
pasti akan ada hikmahnya..
4 ) kadang-kadang perkara yang kita rasa buruk buat kita,
sebenarnya baik untuk kita dan begitulah sebaliknya..
5 ) don't worry be happy..(^_~)
0 comments:
Post a Comment