Indah kalam Rasul junjungan,
Mengajar erti perjuangan,
Perlukan keteguhan azam,
Istiqamah, tetap pendirian,
Jangan mudah terhalang,
Janji Allah pasti datang!
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Rasul bermadah lagi,
Satu janji, satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
Cuma yang belum pasti,
Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci,
Bagi merebut pandangan ilahi,
Sebagai jiilul Quran yang tersendiri.
Allahlah yang maha kaya dan sedangkan kamulah orang yang berkehendak ( kepadanya ), dan jika kamu berpaling nescaya dia akan menggantikan ( kamu ) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini.
Ayat Allah cukup menggetarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
Buat hamba-nya yang bermalas-malasan,
Sentiasa mencipta alasan,
Liat dengan dakwah dan peningkatan,
Mahu diketuk berterusan,
Tidak menjadikan penggeraknya iman,
Cinta Allah dibuat khayalan,
Bimbang kelak diri akan terbuang,
Daripada jalan dakwah, penuh ujian,
Dibiarkan Allah dengan keasyikan,
Tertipu dengan jalan kehancuran!
Ketahuilah puteriku,
Allah memelihara jalan-nya,
Agar disusuri hati yang bersih,
sarat ketakwaan,
Merindui wajah-nya,
Jua keredhaan,
Itulah jiwa insan pejuang,
Bimbangilah sayangku,
Daripada memiliki jiwa munafik,
Bertopeng ketaatan.
By : Tautan Hati
0 comments:
Post a Comment