Setiap detik kurasakan begitu pantas berlalu, setiap saat yang pergi takkan mungkin dapat berulang kembali, kekadang aku merasakan diriku masih kanak-kanak yang sedang berlari, bermain bersama rakan-rakan, bergelak tawa tanpa memikirkan sebarang masalah, ujian dan yang sewaktu dengannya. Tapi kini tidak lagi, aku perlu mula berfikir,terus berfikir dan berterusan memikirkan tentang masa depanku, perjalanan masih jauh,banyak perkara yang akan ku lalui.
Pada tanggal 10/11/12 terbukti bahawa aku bukan lagi kanak-kanak, detik permulaan bagi seorang muslimat seperti ku wajib memutuskan 1 keputusan yang besar dalam hidup dan aku telah memilih tarikh tersebut sebagai tarikh bahawa aku sekarang telah bersedia menerima 'seseorang' dalam hidupku. ini bermaksud, aku telah membuka lembaran baru dalam hidupku.
Begitu susah untuk menolak seseorang dalam hidup dan begitu susah juga untuk menerima seseorang.Aku percaya bahawa setiap insan bergelar wanita pasti sukar untuk membuka ruang dihati untuk seseorang yang kita masih tidak jelas, banyak persoalan yang bermain di fikiran, adakah dia pilihan yang tepat? betulkah dia? kenapa dia? yakinkah dia denganku? betulkah serius atau sekadar mainan? akan bahagiakah aku? hadirnya membawa sinar kebahagiaan atau hanya kan meninggalkan tangisan? apa jawapanku? Allah, bila diriku memikirkan hal sedemikian, tanpa dipinta titisan mutiara menitis dipipi, doaku terus meniti dibibir agar diberikan petunjuk yang tepat.
Alhamdulillah, dengan izinnya, Allah mengkurniakan aku ketabahan untuk aku mengharungi ujian yang aku rasakan cukup sukar untuk aku menghadapinya, terasa segalanya bagaikan mimpi, ia berlalu begitu pantas tanpaku sedari. Ya Allah.. Hanya kau sahaja yang kan mengerti apa yang aku rasakan kerana engkaulah yang maha mengetahui segala sesuatu berkenaan hambamu. Dengan keyakinan yang kau kurniakan, demimu Allah, aku yakin akan 'dia', aku yakin dia adalah yang terbaik buatku, aku percaya dia merupakan salah satu wasilah yang kan membawaku ke syurga abadi. InsyaAllah dengan izinmu ya Rabbi, jika benar kami ditakdirkan, maka kau permudahkan urusan kami dalam mencari redhamu.
Ya Allah..Aku hanya inginkan yang halal buatku, bukan cinta berlandaskan nafsu yang ku pinta, tetapi seseorang yang jujur terhadap perbuatan dan kata-katanya, , diriku merupakan amanah buatnya, keikhlasannya menerimaku seadanya dan yang sering menyampaikan amanatmu buatku..
Aku berharap " DIA" adalah mutiara keimanan yang mana hadir sinarnya akan menerangi hidupku dikala kegelapan.
Terima Kasih Ya Allah Rabbul Izzati.....

0 comments:
Post a Comment