Allahu akbar...
ucapan pertama yang meniti dibibir tatkala menerima berita tentang sahabat-sahabat yang dikasihi sebentar tadi.
Berita pertama yang ku dengar bahawa sahabatku telah memutuskan pertunangan setelah baru sahaja bertunang selama sebulan, berita kedua pula, sahabat yang menunggu tunangnya dari timur tengah dengan penuh kesetiaan dan harapan bahawa akan melansungkan perkahwinan setelah selesai pengajian, tetapi alangkah sedih, orang yang di tunggu mengahwini muslimat yang lain tanpa sebarang alasan. Berita ketiga sahabat yang akan mendirikan masjid pada januari 2013 terpaksa membatalkan perkahwinan atas sebab-sebab tertentu. Manakala berita yang keempat mengembalikan kegembiraanku bahawa sahabat yang terakhir ini akan mendirikan masjid pada 8 jun 2013. Moga dipermudahkan segala urusan.
Teingat 1 pepatah :
"Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"
Begitulah keadaan yang berlaku disekelilingku.
Begitulah keadaan yang berlaku disekelilingku.
Allah pasti bersama kita, untuk diri dan sahabat2 (^_^)
Duhai mata, kadangkala dengan tangisan dapat meluahkan serta mengurangkan sedikit kesakitan, menangislah duhai sahabat, tetapi jangan bersedih. Kerana hal itu hanya merupakan 1 titik untuk Allah pertemukan dengan yang selayaknya buat dirimu.. Jika direnungkan kembali,sebenarnya ujian dari Allah itu sangat manis dan berharga buat diri kita, Jangan risau duhai sahabat, dirimu akan menempuhi kebahagiaan setelah berjaya menempuh ujian dariNya..Ujian itu tanda Allah amat mengasihi dirimu dan Allah tak akan menguji diri kita apa yang kita tidak mampu tempuhinya..
Bila membicarakan tentang kebahagiaan, ia satu perasaan yang sangat indah, hanya seseorang yang dipilih akan merasainya, nescaya untuk mendapatkan kebahagiaan itu bukan senang, diri kita akan diuji sebelum merasai kemanisan kebahagiaan. Sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T. Segala yang kita lalui cuba untuk menerima dengan hati yang redha dan ikhlas.
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu ( kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat ) sehingga engkau redha (berpuas hati)
( Adh Dhuha : 005 )
Pada Saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia ( kepada hamba-hambaNya yang taat )
( Al- Kahfi :044 )
( Al- Kahfi :044 )
.Nukilan Buat sahabat... (^_^)
0 comments:
Post a Comment