Kadang-kadang kita melalui keperitan sendirian,
Ingin berkongsi tetapi bagaimana untuk diungkapkan,
Timbul difikiran 'adakah mereka akan mengerti',
Pastinya tidak kerana mereka hanya mendengar.
Ingin sekali aku meluahkan segala yang terpendam,
Kerana rasanya sangat sakit menusuk dikalbu,
Andainya sakit itu dapat dikongsi,
Pasti akan meringankan beban dihati.
Kadangkala tangisan membawa pergi rasa 'sakit',
Tetapi sampai bila harus ku menangis,
Allah... Aku tidak mampu,
Kekadang aku lemah.
Luka diluar nampak berdarah,
Luka dihati tak siapa yang tahu,
Bantulah aku ya Rabbi,
Ketenangan darimu menguatkan aku..
* Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari rasa sedih dan dukacita, dari rasa lemah dan kemalasan.
* Ya Muqallibal qulub tsabbit qolbi 'alad dinika wa 'ala tho'atika..
Amin ya Rabbal A'lamin...
0 comments:
Post a Comment