Tanggal 22/02/2013
Memory semalam masih jelas di ingatan, habis je kuliah kemahiran asas kaunseling, aku terus bergegas pulang ke rumah. Tak disangka menerima panggilan dari bakal _____. (^_^). Saat itu jarum jam menunjukkan pukul 10.22 malam.
Mulanya aku terasa gugup juga untuk bercakap kerana tidak pernah berhadapan dengan keadaan begini, tapi setelah beberapa minit bercakap, terasa bagaikan erat sekali kasih seorang ibu dan kami semakin ramah. Alhamdulillah...
Segala latar belakang keluarga, kami saling berkongsi dengan ramah, tidak pernah sekali wujud suasana sunyi di talian.
Aku terus mendengar luahan seorang ibu berkenaan anaknya, sudah pasti tentang DIA.(^_^).. Sesekali kami sama-sama ketawa. Aduh, sudah pasti DIA tidak boleh merahsiakan apa-apa lagi kerana banyak rahsianya didedahkn..hehe.. Sesekali ada juga perjanjian rahsia antara kami, sangat menarik sehingga membuatku ketawa sendiri bila teringatkan cerita seorang ibu.
Antara dialog perbualan kami :
bakal ___ : Makcik nak tanya, macammana keputusannya?
(^_^) : InsyaAllah, jika jodoh kami. ( terdiam seketika sebelum menjawab, malu pun ada, dengan
yakinnya )
Bakal___ : Alhamdulillah.....( panjang ucapannya )
Bila ku memohon restu, dari nada suaranya, makcik kelihatan gembira lalu bertanya kenapa aku memohon restu, jawabku mencari keberkatan. jawapanku membuatkan kami lebih mesra..
Sedar tidak sedar da jam 11.00 malam, Jika dilanjutkan, sehari belum tentu habis kami berbual. Perbualan selama ( 37:05 ) sangat bermakna dan membuatkan aku terus yakin dan bersemangat untuk melangkah...
TERIMA KASIH BONDA ROPIAH BINTI UMAR
Saturday, 23 February 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment