Bermulanya kisah pagi jumaat didalam kelas, sungguh berat sekali untuk aku memikul tanggungjawab menjadi seorang bendahari program, memandangkan aku sering diamanahkan jawatan yang sama. Aku cuba untuk menolak, kekadang aku merasakan teman2ku cukup kejam sekali, dalam paksa aku cuba meredhakan, tapi jika hati sudah tidak ikhlas, segalanya menjadi duri. kataku tidak diendah malah alasan mereka tidak logik bagiku. Tidak pernahkah hanya sekali mereka fikir sedikit tentangku, bukan senang untuk memegang sejumlah wang sehingga mencecah angka puluh ribu hanya dengan 1 jawatan. Allah, bantulah aku..
Seterusnya datang lagi ujian berkenaan tugasan assignment aku dan kawan2, segalanya hampir complete, tunggu kumpul dan hantar sahaja. tetapi group kami terpaksa dibubarkan, terasa jiwa membara dengan seorang individu yang tidak berpuas hati dengan group kami, ntah apa yang diadukan pada lecturer. sekali lagi bersabar dengan kerenah manusia. aku sebagai ketua kumpulan berbelah bahagi memilih siapa yang akan ku ambil untuk berkerjasama denganku, jika memilih sebelah kanan, dikiri yang terasa. hati manusia tak siapa yang tahu.
Belum berkesudahan isu tersebut, aku menuju ke bank untuk setlekan urusan lawatan antarabangsa, dalam perjalanan pulang, keretaku nazak ditengah jalan berhadapan maybank, memandangkan kawasan tersebut agak sibuk, ramai pemandu yang memarahiku kerana menghalang laluan sedangkan mereka tidak tahu akan masalah keretaku, itulah ragam manusia. dengan keadaan aku sendirian, aku cuba untuk tenang, tapi gelabahnya tetap ada. dalam situasi tersebut, seorang pakcik dan anak muda yang berada bertentangan dengan keretaku menyedari bahawa kereta aku bermasalah, lalu mereka menuju kearahku menawarkan bantuan. Setelah adanya mereka, orang sekeliling mula menyedari bukan niatku menghalang laluan, tapi apakan daya, tanpa bait kata untuk aku menjelaskan, terus dimarahi. walaupun dihati terasa sebak sekali, aku terus bertahan.
Melihat mereka yang bersusah payah menolak keretaku ditempat yg sesuai,aku terus menunggu kehadiran 2 sahabat datang mengambilku, terasa perasaan aku tika itu ibarat kehilangan kekuatan disisi, jika aku seekor burung, mungkin sebelah sayap telah hilang, aku cuba menahan jernih mutiara agak tidak membanjiri, memandangkan ari ni ari jumaat, kejadian yang berlaku padaku sewaktu semua muslimin berkejar kemasjid, agak susah untuk mendapatkan pertolongan.tiba2 datang seorang muslimin memperkenalkan dirinya yang datang dari tempat aku belajar, lantas mempamerkan matric card agar aku tidak takut dengannya, jiwa yang sebak terasa kuat dengan adanya dia walaupun aku tidak mengenalinya. dia cuba menolongku dengan menelefon bengkel2 dan memberi sedikit peringatan dan die terus bergegas kemasjid bila tibanya 2sahabatku berada disampingku, terima kasih sahabat.
Sebelah petangnya aku diuji lagi dengan ujian perasaan, panggilan dari keluarga cukup menyesakkan jiwa, mengkhabarkan berita yang aku rasakan pedih sekali. sampai bila kami sekeluarga diuji. Allah, ringankan ujian buat kami. Jauhi perbuatan jahat manusia. Tidak sempat untuk aku fikirkan hal itu, aku bergegas kembali ketempat kereta, Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan, keretaku dibawa kebengkel dan kos untuk dibaiki mencecah rm400.. duit mengalir cam air da...
maghrib dihari jumaat yang aku rasakan cukup tenang sekali..
sekadar luahan hati menenangkan jiwa..
ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH YA ALLAH..
0 comments:
Post a Comment