Tuesday, 31 January 2012
Friday, 27 January 2012
Ujian Hati
Kehidupan manusia kadangkala sukar untuk ditafsirkan, kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih, segala perasaan bermain dalam diri. Inilah dikatakan ujian daripada Allah s.w.t..Bila dikurniakan kegembiraan, kita terleka mengatakan "syukur" dengan nikmat kurniaannya. Tetapi bila perasaan sedih memburu jiwa, Allah jua tempat kita kembali dan mengadu..Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang..Tetapi manusia itu mudah lupa, bila kesedihan pergi,jarang sekali yang mengingati Allah..
Dibongkarkan pula dengan sifat kasih sayang, sesungguhnya perasaan sayang itu juga kebahagiaan yang tidak tertanding bila dianugerahkan kepada kita tapi kadangkala boleh menjadi kesedihan dek kerana orang yang disayangi tidak menghargai kasih sayang yang diberikan..Jika manusia itu berfikir sematangnya,dia sungguh bertuah kerana disayangi dengan sepenuh hati oleh insan yang menyayanginya..Tapi itulah hakikat manusia.
Kesimpulannya hargailah kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati terhadap kita, janganlah kita melukai orang yang kita sayang lebih-lebih lagi dengan kata-kata yang negatif,kesat,hinaan dan seumpamanya, sesungguhnya ujian perasaan itu jauh lebih berat dari segala ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t..
Thursday, 26 January 2012
Lelaki Pelindung
Jika seorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan,dihormati,dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak dieksploitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan.
Pendek kata, jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial. Dalam kehidupan berkeluarga,masyarakat amat memerlukan lelaki bersifat pelindung. Mereka tidak akan malas dirumah dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang setiap hari. Selain itu, Mereka tidak akan memukul atau mendera samaada isteri mahupun anak, tidak menengking, tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan mencarut kepada isteri dan ahli keluarganya.
Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit manapun masalah yang dihadapi. Sayangnya, lelaki pelindung semakin pupus bilangannya dalam masyarakat hari ini.
Tuesday, 24 January 2012
PERJUANGAN
" Puteriku, tetaplah atas jalan dakwah!! akan ada dikalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran. Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap seperti itu.
Indah kalam Rasul junjungan,
Mengajar erti perjuangan,
Perlukan keteguhan azam,
Istiqamah, tetap pendirian,
Jangan mudah terhalang,
Janji Allah pasti datang!
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Rasul bermadah lagi,
Satu janji, satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
Cuma yang belum pasti,
Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci,
Bagi merebut pandangan ilahi,
Sebagai jiilul Quran yang tersendiri.
Allahlah yang maha kaya dan sedangkan kamulah orang yang berkehendak ( kepadanya ), dan jika kamu berpaling nescaya dia akan menggantikan ( kamu ) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini.
Ayat Allah cukup menggetarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
Buat hamba-nya yang bermalas-malasan,
Sentiasa mencipta alasan,
Liat dengan dakwah dan peningkatan,
Mahu diketuk berterusan,
Tidak menjadikan penggeraknya iman,
Cinta Allah dibuat khayalan,
Bimbang kelak diri akan terbuang,
Daripada jalan dakwah, penuh ujian,
Dibiarkan Allah dengan keasyikan,
Tertipu dengan jalan kehancuran!
Ketahuilah puteriku,
Allah memelihara jalan-nya,
Agar disusuri hati yang bersih,
sarat ketakwaan,
Merindui wajah-nya,
Jua keredhaan,
Itulah jiwa insan pejuang,
Bimbangilah sayangku,
Daripada memiliki jiwa munafik,
Bertopeng ketaatan.
By : Tautan Hati
CINTA YANG SEBENAR
Jadikanlah diri anda sebagai kekasih Allah,kerana ia akan mendatangkan ketenangan. Orang yang paling bahagia ialah orang yang menjadikan kemuncak dan matlamat utamanya adalah mencintai Allah.Alangkah bermaknanya firman Allah ini :
" Dia mencintai mereka dan mereka mencintainya " { surah Al-Maidah : 54 }
Ramai ulama tafsir berkata : " tidak ada yang menghairankan dalam "...mereka mencintainya..." tetapi yang menghairankan adalah : " dia mencintai mereka " Allah yang menjadikan, memberi rezeki, melindungi dan memberi anugerahnya kepada mereka, tetapi Allah juga mencintai mereka.
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعونى يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم
" katakanlah (wahai Muhammad) : " jika benar kamu mengasihi Allahmaka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu" { surah Al-Imran :31 }
Mari kita perhatikan kehormatan Ali Bin Talib, yang merupakan mahkotanyang bersemayam diatas kepalanya: seorang yang mencintai Allah dan rasulnya dan dicintai oleh Allah dan Rasulnya>
Ada seorang sahabat baginda Rasul yang sangat senag membaca : " Qul huwallahu ahad ". Bacaan itu selalu diulang-ulangnya dalam setiap rakaat, selalu dibaca dalam zikirnya, selalu diucapkannya, selalu diingat untuk menyegarkan hatinya dan untuk menggerakkan anggota tubuhnya. Baginda Rasul bersabda : " Kecintaanmu padanya akan membuatmumasuk syurga ".
Alangkah indahnya dua rangka puisi yang pernah sy baca dahulu, dalam riwayat hidup seorang ulama:
وقالت اليهود والنصرى نحن أبنئوا الله وأحبؤا, قل فلم يعذبكم بذنوبكم
" Orang yahudi dan nasrani berkata : " Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayanginya ". Katakanlah { Wahai Muhammad } : " { Kalau betul demikian } maka mengapakah ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu"? " { surah Al-Maidah :18 }
Cerita cinta majnun terhadap Laila yang sangat tekenal itu, menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila ; Qarun dibunuh oleh cintanya kepada harta benda, firaun dibunuh oleh cintanya kepada kedudukan, tetapi Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah mati kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasulnya. Alangkah jauh jarak yang memisahkan antara kedua-duanya, Majnun, qarun dan Firaun disatu pihak; Hamzah, Jaafar dan Hanzahalah dipihak yang lain.

Jika cinta orang yang mabuk cinta kepada Laila dan Salma
sudah merampas hati dan fikiran
Lalu apa yang dilakukan oleh orang yang mabuk cinta
yang didalamnya mengair rasa cinta, kapada yang maha tinggi?
وقالت اليهود والنصرى نحن أبنئوا الله وأحبؤا, قل فلم يعذبكم بذنوبكم
" Orang yahudi dan nasrani berkata : " Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayanginya ". Katakanlah { Wahai Muhammad } : " { Kalau betul demikian } maka mengapakah ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu"? " { surah Al-Maidah :18 }
Cerita cinta majnun terhadap Laila yang sangat tekenal itu, menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila ; Qarun dibunuh oleh cintanya kepada harta benda, firaun dibunuh oleh cintanya kepada kedudukan, tetapi Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah mati kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasulnya. Alangkah jauh jarak yang memisahkan antara kedua-duanya, Majnun, qarun dan Firaun disatu pihak; Hamzah, Jaafar dan Hanzahalah dipihak yang lain.
Dipetik daripada : La Tahzan
Subscribe to:
Posts (Atom)